ARTIKEL

Arab Saudi Sedia Laluan Khusus Untuk Warga Emas, OKU Di Masjidil Haram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MAKKAH: Autoriti Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah memperuntukkan laluan khusus bagi warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di dalam Masjidil Haram, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Penyediaan laluan itu bertujuan memudahkan pelaksanaan ibadah serta menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa bagi meningkatkan rasa tenang dan khusyuk, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan agensi itu untuk menambah baik kualiti perkhidmatan kepada jemaah.

Menurut autoriti itu, laluan-laluan berkenaan telah disusun dengan teliti di lokasi strategik bagi memudahkan pergerakan serta mengurangkan kesulitan yang mungkin dihadapi kumpulan terbabit ketika masuk, keluar, atau bergerak di antara aras yang berbeza di Masjidil Haram.

Ia berkata peruntukan laluan itu adalah sebahagian daripada sistem perkhidmatan bersepadu yang dirangka untuk memenuhi keperluan warga emas dan golongan OKU serta memastikan akses lancar ke pelbagai kemudahan.

Langkah ini mencerminkan kesungguhan kepimpinan Arab Saudi dalam menyantuni tetamu Masjidil Haram mengikut piawaian tertinggi kemanusiaan dan perkhidmatan .

Autoriti itu turut menyeru semua pelawat dan jemaah umrah untuk merujuk panduan pandu arah di Masjidil Haram yang menunjukkan lokasi laluan, lif, dan perkhidmatan sokongan. Kemudahan itu bertujuan membantu jemaah bergerak dengan lebih mudah dan selesa, terutamanya pada waktu puncak.

— BERNAMA-SPA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah