ARTIKEL

Arak, rokok lebih RM3 juta tidak bercukai dirampas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI


Tujuh lelaki tempatan ditahan di lima premis berasingan selepas disyaki terlibat dalam penjualan rokok dan minuman alkohol tanpa cukai dengan nilai RM3,616,856.


Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Alexson Naga Chabu berkata tahanan dilakukan pada 17 Mei lalu oleh pasukan Wildlife Crime Bereau atau Perisikan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.


Operasi bersama-sama Pasukan Gerakan AM Batalion 12 Miri itu berjaya menahan seramai tujuh lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 16 hingga 47 tahun.
Kesemua suspek ditahan di Lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU