ARTIKEL

SILATURAHIM… Pemain kedua-dua pasukan merakam gambar sebagai kenangan.

Arepeye United, Veteran Betong FC cetus nostalgia bola sepak Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Perlawanan persahabatan antara dua kelab veteran, Arepeye United dan Veteran Betong FC, berlangsung di Stadium Kota Samarahan petang semalam.

Perlawanan yang menjadi jalinan persahabatan itu berlangsung dalam suasana santai tetapi tetap rancak, dengan penyertaan beberapa bekas bintang ternama seperti Irwandy Jampaka serta bekas pemain kelab ternama dari seluruh Sarawak.

Pengurus Arepeye United, Mohamad Chik @ Madcoll, berkata perlawanan berkenaan merupakan program santai yang dianjurkan bagi merapatkan hubungan silaturahim antara pemain kedua-dua pasukan.

Menurutnya, ia juga menjadi landasan terbaik untuk mengaktifkan kembali golongan veteran dalam arena bola sepak.

“Kedua-dua pasukan dibarisi ramai pemain berpengalaman yang pernah menyarung jersi skuad Sarawak suatu ketika dahulu.

Mereka mempunyai reputasi tersendiri dan tetap bersemangat dalam aksi persahabatan ini,” katanya.

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan