WASHINGTON: Argentina bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Mesir 3-2 sekali gus mara ke suku akhir Piala Dunia.
Mesir hampir mencipta kejutan menerusi jaringan Yasser Ibrahim dan Mostafa Ziko. Lionel Messi turut gagal menyempurnakan sepakan penalti, manakala penjaga gol Mostafa Shobeir beberapa kali menyelamatkan gawangnya.
Menurut Bernama, Argentina mengubah keadaan pada penghujung perlawanan apabila Cristian Romero merapatkan jurang sebelum Messi menyamakan kedudukan tujuh minit sebelum tamat aksi. Gol itu turut meletakkan Messi di tangga teratas perebutan Kasut Emas dengan lapan jaringan.
Enzo Fernandez melengkapkan kebangkitan dramatik Argentina menerusi tandukan pada minit kedua masa kecederaan hasil hantaran Lautaro Martinez untuk memastikan kemenangan juara bertahan itu.
Argentina akan menentang Switzerland pada aksi suku akhir selepas lawan itu menyingkirkan Colombia menerusi penentuan sepakan penalti.


