PELAKON Arie Untung berkongsi detik penuh emosi ketika melawat Palestin beberapa tahun lalu dan bertemu kanak-kanak Palestin yang terjejas akibat konflik itu.
Arie Untung dikatakan pernah melawat Palestin empat tahun lalu untuk mengagihkan bantuan kepada kanak-kanak di sana.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Arie Untung berkongsi foto bersamasama anak Palestin di hadapan Masjid al-Aqsa.
“Semoga adik saya di sana baik-baik saja dan dapat lari daripada penjajahan.
“Empat tahun lalu, dia masih kanak-kanak.
Mana tahu kini sudah membesar menjadi pembela negara dari penjajahan dan kezaliman yang meragut ribuan keluarga turun-temurun sejak lebih 75 tahun lalu,” tulisnya.



