ARTIKEL

Ariel Noah bantu mangsa banjir di Aceh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WALAUPUN tidak turun padang membantu mangsa banjir di Aceh, sumbangan vokalis Noah, Ariel tetap sampai kepada mangsa melalui wakil yang dipercayainya.

Tragedi banjir lumpur yang melanda kawasan itu baru-baru ini mendapat perhatian ramai selebriti, termasuk mereka yang hadir sendiri ke lokasi dan juga yang memilih membantu secara diam-diam.

Ariel termasuk dalam kelompok artis yang enggan menghebahkan kerja kebajikan mereka

. Meskipun tidak kelihatan di lapangan, bantuannya tetap disalurkan dengan segera kepada mangsa melalui rakan-rakan yang turun ke lokasi.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Ariel mengakui dia memang menghulurkan bantuan tetapi lebih selesa melakukannya tanpa publisiti.

“Kita bergerak sahaja diam-diam tanpa perlu dihebohkan.

Saya tidak ikut serta, tapi mungkin bantuan yang disalurkan sudah sampai di sana,” katanya lagi.

Jelasnya, jadual kerjanya yang padat menjadi faktor utama mengapa tidak dapat turut serta bersama pasukan bantuan lain yang berada di Aceh

. Namun begitu, penyampaian bantuan tetap menjadi keutamaannya.

Ariel turut menyatakan hubungan emosinya dengan Aceh kerana pernah menghabiskan sebahagian masa kecil di daerah itu ketika mengikut ayahnya bekerja, menjadikan bencana yang menimpa penduduk setempat begitu dekat di hatinya.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU