ARTIKEL

Ariff Farhan pemain ketujuh Kuching City sertai Harimau Malaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ariff Farhan Md Isa menjadi pemain ketujuh Kuching City FC yang menerima panggilan untuk menyertai skuad Harimau Malaya bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang China dan Yaman pada 14 serta 17 November ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pemain pertahanan skuad The Cats itu antara lima pemain daripada senarai bersedia yang dipanggil Ketua Jurulatih Interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, susulan penarikan diri enam pemain Selangor FC akibat kecederaan.

Rodney (kiri) dan Safawi Rasid ketika di KLIA, Sepang, untuk berlepas ke Guangzhou, China, pagi ini.

“FAM menerima surat rasmi daripada Selangor pada Isnin yang mengesahkan kesemua pemain terbabit mengalami kecederaan selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Kuching City.

“FAM mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan menghormati situasi yang dihadapi oleh pihak kelab serta pemain terbabit,” menurut kenyataan badan induk bola sepak negara itu, semalam.

Enam pemain Selangor yang terpaksa menarik diri ialah Nooa Laine, Ahmad Zikri Khalili, A. Selvan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Syahir Bashah dan Harith Haiqal Adam Afkar.

Ramadhan (kanan) ketika di KLIA, Sepang, untuk berlepas ke Guangzhou, China, pagi ini.

Selain Ariff, empat pemain lain yang menerima panggilan ialah Suhaimi Husin dan Safwan Mazlan daripada Terengganu FC, Dominic Tan (Sabah FC) serta Syafiq Ahmad (Kuala Lumpur City FC).

Panggilan terbaharu itu menyaksikan Kuching City kini mempunyai tujuh pemain yang disenaraikan untuk tugasan antarabangsa bulan ini selepas enam tonggak pasukan menerima panggilan lebih awal.

Enam pemain berkenaan ialah Haziq Nadzli, Haziq Aiman, Rodney Celvin Akwensivie, Ryan Lambert, Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah Usman.

Perkembangan itu berlaku selepas Kuching City melakar kejayaan bersejarah mara ke final Piala FA 2026/2027 buat pertama kali dengan menewaskan Selangor 2-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Taha Ariffin, Ahad lalu.

Ryan Lambert ketika di KLIA, Sepang, untuk berlepas ke Guangzhou, China, pagi ini.

Kemenangan agregat 3-2 itu melengkapkan minggu cemerlang skuad kendalian Aidil Sharin Sahak yang turut mencatat kemenangan sulung di pentas Asia selepas menundukkan Gangwon FC 2-0 dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2), Khamis lalu.

Penarikan diri itu menyebabkan Tan Cheng Hoe terpaksa menyesuaikan senarai pemain bagi memastikan persiapan Harimau Malaya dapat diteruskan menjelang dua perlawanan berkenaan.

Skuad kebangsaan dijadual menentang China pada 14 November sebelum berdepan Yaman tiga hari kemudian, dengan kedua-dua perlawanan berlangsung di Pusat Sukan Daerah Baharu Zhaoqing, Guangdong, China.

Ariff (kiri) bersama penjaga gol Kuching City, Haziq Aiman, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, untuk berlepas ke Guangzhou, China, pagi ini.

BERITA LAIN

Sarawak teroka hidrogen ganti bahan api fosil

BINTULU: Sarawak mempergiat transformasi sektor perindustriannya ke arah ekonomi rendah karbon menerusi pelaksanaan empat inisiatif perintis di bawah Kluster Peralihan Industri (Transitioning Industrial Clusters atau

BERITA TERBARU