KUALA LUMPUR: Atlet 110 meter (m) lari berpagar negara, Mohamad Armin Zahryl Abd Latif memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 13.63 saat (s) ketika mara ke final Kejohanan Olahraga Bawah 23 Tahun Asia 2026 di Ordos, China.
Catatan itu memperbaharui rekod 13.67s milik Rayzam Shah Wan Sofian yang dicipta pada 2017. Mohamad Armin menamatkan saringan pertama di tempat kedua di belakang atlet China, Shiqi Zhao.
Seorang lagi wakil negara, Elvin Yap Zhi Xuan turut layak ke final selepas menduduki tempat ketiga saringan kedua dengan catatan 13.72s, sekali gus mencipta rekod peribadi terbaik.
Final acara 110m lari berpagar dijadual berlangsung pada 6 petang hari ini.
Terdahulu, Muhammad Azeem Fahmi menghadiahkan emas acara 100m sebelum tersingkir daripada final 200m akibat salah mula seperti dilapor Bernama.






