ARTIKEL

Aroma makanan jadi trend haruman minyak wangi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Haruman yang diinspirasikan daripada aroma makanan dan minuman seperti ‘kopi ikat tepi,’ cendol dan kuih ketayap yang kini menjadi trend dalam kalangan pencinta minyak wangi tempatan turut mencetuskan trend di Indonesia, mencerminkan perubahan cita rasa masyarakat yang semakin menggemari wangian unik serta dekat dengan identiti budaya tempatan. 

Dikenali sebagai wangian gourmand, haruman ini tidak lagi terhad pada bauan vanila dan karamel tetapi semakin berkembang, menyaksikan kemunculan pelbagai aroma diinspirasikan daripada mangga, matcha, pistasio dan aneka pencuci mulut bagi memenuhi permintaan pengguna yang mahukan pengalaman bauan lebih kreatif. 

Pengacara jualan siaran langsung Szindore, Muhammad Ammar Jamil berkata, trend itu turut mendorong syarikatnya menghasilkan siri Malaysian Delight yang menampilkan identiti makanan tempatan.

“Kami dapati ramai pelanggan menyukai beberapa Malaysian Delight Series termasuk peminat dari Indonesia yang suka bau-bauan makanan kita,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Fragrance of Asia di Sentul Depot. 

Selain kopi ikat tepi, ketayap dan cendol, syarikatnya turut memperkenalkan aroma mangga susu dan semperit ‘nenaih.’ Menurut Ammar, tidak semua wangian gourmand sesuai digunakan setiap hari kerana sesetengahnya mempunyai karakter yang terlalu berkrim, pekat dan manis.

“Kalau hendak ke pusat beli-belah misalnya, pelanggan biasanya memilih nota lebih segar seperti limau dalam haruman Teh Singo keluaran kami, berbanding wangian gourmand yang lebih sesuai dipakai pada acara tertentu,” katanya sambil menambah golongan muda kini lebih cenderung meminati kategori wangian itu. 

Pada masa sama, beliau berkata tidak semua menggemari minyak wangi berbau makanan, justeru syarikatnya menghasilkan haruman sedemikian sebagai koleksi eksklusif yang disasarkan kepada pengumpul minyak wangi. 

“Harganya juga tinggi sedikit berbanding wangian lain kerana ada yang dihasilkan dalam edisi terhad,” tambahnya.

Sementara itu, Pengasas Amthra Bali Mitha Italia berkata, penghasilan minyak wangi berinspirasikan makanan memerlukan keseimbangan formula agar haruman yang tercipta tidak terlalu berat atau seolah-olah boleh dimakan. 

“Produk kami berasaskan pistasio, diinspirasikan daripada ais krim pistasio, tetapi kami menjadikannya lebih ringan dan segar dengan tambahan elemen sitrus serta ‘musk’ supaya lebih sesuai dipakai. 

“Kalau terlalu manis seperti coklat, kita perlu menjadikannya lebih ringan agar sesuai dipakai walaupun identiti bau makanan masih ada,” katanya, menambah aroma makanan juga mampu meningkatkan mood seseorang. 

Pengasas program Erick Chua berkata acara itu memberi peluang kepada orang ramai memahami proses menghasilkan minyak wangi daripada bahan mentah hingga menjadi produk akhir. 

“Pengunjung juga berpeluang mencuba dan mendapatkan pelbagai haruman daripada kategori biasa hinggalah bauan yang unik,” katanya.

-Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan