ARTIKEL

Gambar hiasan. | Freepik.com

Artik catat tahun terpanas dalam 125 tahun, ais laut capai paras terendah dalam 47 tahun – Laporan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Artik mengalami tahun terpanas dalam tempoh 125 tahun, dengan litupan ais laut mencapai paras terendah dalam 47 tahun pada kemuncaknya pada Mac, ketika rantau itu melalui peralihan pesat ke arah keadaan yang lebih panas dan lembap, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.

Kad Laporan Artik tahunan NOAA menunjukkan yang dari Oktober 2024 hingga September 2025, rantau itu mencatatkan suhu tertinggi dalam 125 tahun, dengan sedekad kebelakangan ini merekodkan 10 tahun paling panas dalam sejarah.

Artik sedang mengalami keadaan panas sehingga empat kali lebih pantas berbanding purata global akibat pelepasan bahan api fosil, sekali gus mengganggu rantau yang berperanan penting sebagai pengawal selia iklim dunia.

Pada 2025, ais laut Artik mencapai tahap maksimum terendah dalam tempoh 47 tahun rekod satelit, dengan ais tertua dan paling tebal merosot lebih daripada 95 peratus sejak 1980-an berikutan peningkatan suhu dan hujan yang semakin kerap.

Di Artik Alaska, pencairan permafrost menyebabkan lebih 200 sungai dan anak sungai bertukar warna jingga, dengan peningkatan keasidan dan logam toksik menjejaskan kualiti air, habitat akuatik dan biodiversiti, sementara ahli sains mengkaji kesannya terhadap air minuman dan perikanan sara hidup.

Dari Oktober 2024 hingga September 2025, jumlah hujan di Artik mencapai paras tertinggi dalam rekod, dengan jumlah hujan pada musim sejuk, bunga dan luruh masing-masing tersenarai dalam lima tertinggi sejak 1950.

Sebahagian besar hujan itu turun sebagai hujan dan bukannya salji, menyebabkan litupan salji Jun tinggal separuh daripada paras enam dekad lepas.

Kad laporan itu menekankan perubahan pantas dan saling berkait yang sedang membentuk semula rantau itu, sambil memberi amaran bahawa trend ini akan memberi kesan kepada komuniti Artik dan iklim global, serta menegaskan keperluan penyelidikan dan pemantauan berterusan. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan