ARTIKEL

AS ancam terus sekatan asing Iran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo pada Ahad memberi amaran bahawa langkah Iran meningkatkan konsentrasi pengayaan uraniumnya akan mengakibatkan tindakan “pengasingan dan sekatan lanjut”, lapor agensi berita China Xinhua.

Terdahulu, pada hari sama, Iran mengumumkan ia akan meningkatkan konsentrasi pengayaan uraniumnya melebihi 3.67%, had yang ditetapkan oleh perjanjian nuklear antarabangsa 2015, juga dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).

“Peluasan terkini program nuklear Iran akan terus membawa kepada tindakan pengasingan dan sekatan yang lebih lanjut,” kata Pompeo menerusi akaun Twitter sambil menggesa negara lain memulihkan kembali standard itu kepada tiada pengayaan bagi program nuklear Iran.

Pada Mei tahun lepas, pentadbiran Trump secara sepihak meninggalkan JCPOA, yang dimeterai Iran dengan Britain, China, Perancis, Jerman, Rusia dan AS pada 2015.

Di bawah perjanjian itu, Iran dikehendaki mengehadkan tahap pengayaan uraniumnya pada 3.67% dan menyimpan stok uranium pengayaan gred rendah tidak melebihi 300 kilogram.

Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) berkata, peningkatan ketulenan pengayaan uranium daripada tahap semasa 3.67% kepada tahap lebih tinggi adalah bagi “memenuhi keperluan bahan bakar bagi loji kuasa” negara itu.

Pada Sabtu, Ali Akbar Velayati, penasihat kepada pemimpin agung Iran berkata, negara itu mungkin meningkatkan ketulenan pengayaan uraniumnya kepada 5% sebagai sebahagian daripada keputusan Tehran mengurangkan komitmennya di bawah perjanjian nuklear 2015.

Tehran turut mengumumkan pada awal bulan ini bahawa stok simpanan pengayaan uranium gred rendah Iran melebihi jumlah yang dibenarkan di bawah perjanjian itu.

Peluasan aktiviti nuklear Iran dipercayai adalah tindak balas kepada langkah “tidak mencukupi” negara Eropah dalam memastikan Iran mendapat faedah daripada perjanjian itu selepas penarikan diri AS. – Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU