ARTIKEL

AS desak TikTok jual kepentingan atau diharamkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menuntut pemilik TikTok dari China supaya menjual kepentingan mereka dalam aplikasi perkongsian video popular itu atau berhadapan risiko medium itu diharamkan di AS, lapor sebuah media tempatan pada Rabu.

Tuntutan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing Amerika Syarikat (CFIUS) yang diketuai oleh Perbendaharaan, lapor Agensi Anadolu.

Menurut laporan yang memetik eksekutif Tik Tok, 60 peratus saham syarikat induk TikTok ByteDance dimiliki oleh pelabur global, 20 peratus (pekerja) dan 20 peratus (pengasasnya).

TikTok dalam reaksi balasnya berkata, penjualan itu tidak akan menangani risiko keselamatan yang dibimbangi AS.

“Jika melindungi keselamatan negara merupakan objektif, pelupusan itu tidak menyelesaikan masalah, perubahan dalam pemilikan tidak akan mengenakan sebarang sekatan baharu ke atas aliran data atau akses.

“Cara terbaik untuk menangani kebimbangan berkenaan keselamatan negara ialah dengan perlindungan data dan sistem pengguna AS yang telus dengan pemantauan, pemeriksaan dan pengesahan pihak ketiga yang mantap yang sudah pun kami laksanakan,” kata jurucakap TikTok Brooke Oberwetter dalam satu kenyataan. – Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan