ARTIKEL

Foto: Freepik.com

AS pertimbang syiling US$1 bergambar Donald Trump

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan syiling US$1 yang memaparkan imej Presiden Donald Trump sempena ulang tahun ke-250 kemerdekaan negara itu tahun depan, menurut jabatan berkenaan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Menurut draf reka bentuk yang disiarkan di platform X oleh Bendahari Brandon Beach, syiling itu memaparkan imej Trump dengan penumbuk diangkat pada satu sisi bersama perkataan “fight, fight, fight” yang merujuk kepada reaksinya selepas terselamat daripada cubaan bunuh tahun lalu semasa kempen pilihan raya.

Bahagian lain syiling berkenaan memaparkan profil Trump dengan perkataan “LIBERTY” di bahagian atas dan tarikh “1776–2026” di bawahnya.

Bagaimanapun, berikutan sekatan Kongres terhadap pemaparan individu pada reka bentuk syiling, masih belum pasti sama ada draf imej berkenaan akan berdepan cabaran di bawah undang-undang semasa.— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,