ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

AS turunkan tarif kereta Jepun kepada 15 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan menguatkuasakan tarif import baharu sebanyak 15 peratus ke atas kereta dari Jepun mulai Selasa, susulan pengurangan yang diumumkan Presiden Donald Trump, lapor Agensi Berita Kyodo memetik notis kerajaan AS pada Isnin.

Kadar tarif AS bagi kereta buatan luar negara meningkat kepada 27.5 peratus selepas Trump mengenakan tarif tambahan pada April atas alasan keselamatan negara, sekali gus menjejaskan margin keuntungan pengeluar kereta Jepun dan pengeluar lain.

Pengurangan tarif itu adalah sebahagian daripada perjanjian perdagangan yang dimeterai pentadbiran Trump pada 22 Julai dengan Jepun, yang sebagai balasan bersetuju untuk melabur besar-besaran di AS dan meningkatkan import produk pertanian Amerika semasa penggal kedua Trump sebagai Presiden.

Trump menandatangani perintah eksekutif pada 4 Sept untuk secara rasmi melaksanakan perjanjian perdagangan itu, yang turut memberikan Jepun layanan khas dalam apa yang beliau sebut sebagai tarif “timbal balik”.

Pada 7 Ogos, kadar tarif khusus mengikut negara yang diubah suai oleh Trump ke atas barangan dari puluhan rakan dagang AS telah mula berkuat kuasa.

AS kini mengenakan tarif 15 peratus ke atas kebanyakan import dari Jepun, turun daripada 24 atau 25 peratus yang pernah diancam Trump sebelum perjanjian itu.

Selain itu, pasukan perdagangan Trump telah bersetuju bahawa import dari Jepun yang sebelum ini dikenakan tarif 15 peratus atau lebih tinggi tidak akan dikenakan sebarang duti tambahan, manakala levi ke atas barangan lain dihadkan pada 15 peratus.

Namun, AS masih belum melaksanakan sama ada kadar tarif kereta yang diturunkan atau layanan “tanpa timbunan” untuk Jepun.

Perintah eksekutif itu, diikuti dengan prosedur pentadbiran yang diperlukan, akhirnya membolehkan AS melaksanakan kedua-dua komitmen tersebut.

Berkaitan bayaran tarif tambahan yang dikutip secara berlebihan daripada pengimport barangan Jepun di bawah sistem tarif baharu mengikut negara, pentadbiran Trump berkata ia akan memulangkan semula kutipan berkenaan bermula 7 Ogos. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pawagam China bukan sekadar tempat tonton filem

BEIJING: Nilai pengeluaran keseluruhan rantaian industri perfileman China dianggarkan mencecah 480 bilion yuan (RM294 bilion) sejak awal tahun ini, sekali gus menandakan pertumbuhan yang mampan.

BERITA TERBARU