ARTIKEL

Yemeni supporteres of the Huthis shout anti-Israel and anti-US slogans during a march in solidarity with the Palestinian people in the Huthi-controlled capital Sanaa on January 11, 2024, amid the ongoing battles between Israel and the militant Hamas group in Gaza. Heavy air strikes pounded rebel-held cities in Yemen early on January 12, 2024, the Huthi rebels' official media and AFP correspondents said. The capital Sanaa, Hodeida and Saada were all targeted, the Huthis' official media said, blaming "American aggression with British participation". (Photo by MOHAMMED HUWAIS / AFP)

AS, UK lancar serangan terhadap Houthi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) melancarkan serangan ke atas pelbagai sasaran Houthi di Yaman lewat Khamis, sebagai tindak balas terhadap serangan Houthi yang menyasarkan kapal maritim antarabangsa,” kata Presiden AS, Joe Biden.

“Serangan ini merupakan tindak balas langsung kepada serangan Houthi di Laut Merah termasuk penggunaan peluru berpandu balistik antikapal buat kali pertama dalam sejarah,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Biden.

Sementara itu, saluran TV Al-Masirah milik Houthi melaporkan bahawa ibu kota Yaman, Sanaa kini berdepan pencerobohan Amerika.

Tindakan itu dibuat sebagai tindak balas kepada serangan berterusan kumpulan Yaman yang disokong Iran terhadap laluan perkapalan antarabangsa di Laut Merah yang bermula pada November.

Houthi mendakwa pihaknya melancarkan serangan berkenaan sebagai tindak balas kepada perang Israel ke atas Gaza.

Laut Merah merupakan laluan penting bagi perdagangan antarabangsa, penghantaran minyak dan bahan api tertentu, dengan ia menghubungkan Terusan Suez di Mesir dengan Teluk Aden.

Tentera AS pada Khamis mendakwa Houthi melancarkan 27 serangan di Laut Merah sejak 19 November lepas.

Pada bulan lepas, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengumumkan penubuhan misi multinasional bagi menentang serangan Houthi.

“AS dan UK melancarkan serangan dengan sokongan yang tidak diketahui dari Australia, Bahrain, Kanada dan Belanda,” kata Biden.

“Serangan yang disasarkan ini adalah mesej jelas bahawa Amerika Syarikat dan rakan kongsi tidak bertolak ansur dengan serangan terhadap kakitangan kami atau membenarkan kumpulan penyerang menjejaskan kebebasan pelayaran di laluan komersial paling kritikal di dunia,” tambahnya.

Biden berkata langkah pertahanan dilaksanakan terhadap Houthi setelah beberapa bulan rundingan dan peningkatan serangan kumpulan itu terhadap kapal-kapal komersial.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengarahkan tindakan selanjutnya demi melindungi rakyat dan aliran bebas perdagangan antarabangsa jika perlu,” katanya. – Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

BERITA TERBARU