ARTIKEL

Kenderaan mangsa terbabas ke dalam gaung. - Foto: BBP Sungei Merah

Askar maut setelah kereta terbabas dan terjatuh ke dalam gaung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang anggota tentera maut dalam satu kemalangan di Batu 6, Jalan Tunku Abdul Rahman, Di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai John Ray Dohem, 31, dikatakan memandu sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipercayai terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4, Andy Alie, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.36 pagi daripada orang awam.

“Setiba di lokasi, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah yang dikerahkan ke lokasi mendapati kereta mangsa terbabas ke dalam gaung.

“Bagaimanapun, mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Andy berkata, paramedik Hospital Sibu yang dimaklumkan telah memeriksa mangsa yang kemudian mengesahkannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Andy lagi, bagi tindakan operasi, anggota bomba hanya membuat pemeriksaan kenderaan dan mengambil maklumat mangsa serta memastikan keadaan sekeliling selamat sebelum operasi selesai.

Jelasnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sibu bagi tindakan lanjut.

“Setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 8.46 pagi,” katanya.

Mayat mangsa dimasukkan ke dalam trak polis untuk dibawa ke hospital Sibu. – Foto: BBP Sungei Merah

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah