ARTIKEL

ASP Aldrin anak baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: “Tiap kali Gawai, dia pasti balik sejak dari mula bekerja lagi tetapi kini tidak lagi, saya akan sentiasa merindunya,” kata Gonda Bong Mim Fui, bapa mendiang Asisten Superintendan (ASP) Aldrin Gonda yang selamat dikebumikan, hari ini.

Menceritakan kisah anak sulungnya itu, bekas guru berusia 61 tahun ini berkata apabila balik ke kampung, mendiang juga begitu rajin ke kebun mengambil sayur-sayuran terutama cangkuk manis dan midin.

“Anak saya sangat berdedikasi, rajin dan menjadi teladan yang sangat baik untuk adik beradik dan kawan-kawannya.

“Dia nampak pendiam tetapi apabila bercakap, dia boleh bercakap dengan semua orang,” katanya ketika ditemubual selepas upacara pengebumian mendiang ASP Aldrin di tanah perkuburan Kampung Terbat Leban, di sini.

Menurut Gonda lagi, kiriman wang untuk anaknya di kampung, menjadi perkara terakhir yang dibuat mendiang sebelum meninggal dunia selepas kereta peronda dinaiki bersama dua anggotanya terbabas dan terbalik di lampu isyarat Arkib Negara, Alor Setar, Kedah pada Ahad.

Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem (kiri) bersembang dengan ibu, bapa dan isteri mendiang ASP Aldrin Gonda selepas selesai upacara pengebumian di tanah perkuburan Kampung Terbat Leban, di sini pagi tadi.

Beliau berkata mendiang telah menghubunginya pada 14 April lepas bagi meminta nombor akaun, dan kemudian memasukkan wang pada keesokan hari.

“Dia menghubungi saya memberitahu telah memasukkan duit dalam akaun saya untuk membeli keperluan anaknya.

“Saya kata ‘ok’ dan memberitahunya akan turun mengambil duit di bank pada Khamis (16 April) tetapi dia suruh saya turun pada Rabu (15 April).

“Jadi apa saja dia suruh, saya dan ibunya akan turuti dan oleh itu, saya turun ke pekan Serian pada Rabu.

“Apabila balik, dia menghubungi saya dan minta bercakap dengan anaknya…kemudian saya ambil gambar anaknya dan hantar kepadanya, jadi itulah kali terakhir mereka berhubung,” katanya.

Gonda berkata anak mendiang, Alexander Ben yang masih berusia 6 tahun tinggal bersama mereka di kampung sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.

Justeru, berita pemergian anaknya itu adalah sesuatu yang teramat berat untuk diterimanya bersama isteri, Milah Majin.

“Menantu menghubungi kami memaklumkan kejadian dan selepas itu, anak kedua kami (adik mendiang) yang juga bekerja sebagai polis memberitahu abang sudah tiada.

“Ia berita yang sangat mengejutkan dan kami tidak menyangka kejadian tragik berlaku terhadapnya.

“Pada mula kami tidak dapat terima, ibunya asyik menangis…ditambah lagi kami tidak dapat ke sana (Kedah) untuk melihatnya kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terpaksa kami menunggu jenazahnya dibawa balik,” katanya.

Manakala, isteri mendiang, Anastasia Chu yang juga ditemui menyatakan ringkas tetapi penuh makna mengenai suaminya.

“Dia adalah seorang ayah yang baik,” katanya.

Mendiang ASP Aldrin, 38, yang merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Kedah meninggal dunia selepas kereta peronda dinaiki bersama dua anggotanya terbabas dan terbalik di lampu isyarat Arkib Negara, Alor Setar, Kedah pada Ahad.

Dalam kejadian pada jam 11.30 pagi itu, mendiang meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah manakala dua lagi anggotanya masing-masing luka di kepala dan kedua-dua kaki.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha