ARTIKEL

ASPA pantau kawasan berisiko banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Susulan cuaca tidak menentu dan hujan lebat di kawasan ulu Niah, air sungai melimpah sehingga menyebabkan banjir kilat di kawasan sekitar Sekolah Rendah (SK) Rumah Ranggong, Bekenu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri berkata Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) Daerah Subis diketuai Ilham Adam membuat pemantauan di kawasan berisiko dinaiki air.

Pemantauan mendapati air naik pada ketinggian antara 0.5 kaki hingga 2.5 kaki di kawasan SK Rumah Ranggong namun di kawasan lain tidak dinaiki air.

“Jalan utama tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil, namun ketika ini paras air Sungai Niah menurun secara berperingkat,” katanya.

Banjir berkenan tidak menjejaskan sesi persekolahan SK Rumah Ranggong yang mempunyai seramai 71 murid dan 11 orang guru serta empat kakitangan pentadbiran.

Menurutnya, pihaknya akan terus melakukan pemantauan sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) terutama di kawasan rendah dan berisiko banjir.

Beliau menasihatkan untuk sentiasa peka terhadap keadaan air dan berpindah jika tidak selamat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha