ARTIKEL

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali

Aspirasi rakyat Sabah mesti dilaksana kerajaan negeri, tegas Armizan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan parti politik yang membentuk Kerajaan Sabah mesti memastikan aspirasi rakyat negeri itu dilaksanakan.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali berkata daripada parti manapun ADUN itu datang, aspirasi rakyat itu perlu mereka laksanakan melalui sebuah kerajaan yang stabil, inklusif dan berintegriti.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata ahli Jemaah Menteri Sabah yang dibentuk hari ini bagi menunjangi kerajaan negeri pula didirikan atas komitmen wakil-wakil parti yang terlibat untuk membentuk kerangka dan asas utama hala tuju negeri.

“Sungguhpun tiada gabungan parti yang mendapat majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan namun mandat rakyat turun mengundi inginkan sebuah kerajaan didirikan untuk membawa perubahan lebih bernilai dan bermakna.

“Agenda mendahulukan dan mengutamakan hak dan kepentingan Sabah akan menjadi teras utama sebagaimana yang termaktub dalam aku janji pilihan raya semua parti dan ADUN yang terlibat,” katanya dalam hantaran di laman Facebook malam ini.

Beliau berkata sungguhpun kesemua lima ADUN Bebas pernah menjadi pimpinan parti GRS sebelum hari penamaan calon, suara mereka yang kini atas kapasiti ADUN Bebas amat penting dalam membentuk landskap politik negeri.

Armizan berkata ADUN pembangkang juga memainkan peranan penting dalam semak dan imbang bagi memastikan kerajaan negeri kekal relevan dan responsif.

Sebanyak 10 ahli Jemaah Menteri Sabah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.
Pada awal pagi Ahad lepas, Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri.

Sehubungan itu, komposisi 10 anggota Kabinet Sabah yang mengangkat sumpah hari ini terdiri daripada tujuh ADUN GRS, serta masing-masing satu daripada Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php. – BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha