ARTIKEL

Abang Johari mengumumkan pengagihan dividen ASSAR sebanyak 6.0 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.FOTO: ALIF

ASSAR umum dividen 6.0 sen seunit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Amanah Saham Sarawak (ASSAR) mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 6.0 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, melibatkan jumlah agihan sebanyak RM28.76 juta.

Abang Johari mengumumkan pengagihan dividen ASSAR sebanyak 6.0 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.FOTO: ALIF

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembahagian kali kedua selepas pengagihan interim pada bulan Januari lalu ini, melibatkan pembayaran sebanyak RM14.52 juta kepada 57,870 pelabur, berdasarkan baki pegangan unit pada 30 Jun lepas.

“Berdasarkan prestasi kukuh ASSAR, saya dengan suka cita mengumumkan pengagihan dividen akhir sebanyak 3.0 sen seunit bagi tahun kewangan 2025.

“Maka jumlah keseluruhan pulangan dividen bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 ialah sebanyak 6.0 sen seunit.

“Ia merangkumi dividen interim 3.0 sen seunit, ditambah dengan dividen akhir 3.0 sen seunit, melibatkan jumlah agihan keseluruhan sebanyak RM28.76 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Dividen ASSAR bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2025 di sini, hari ini.

Dividen itu diagihkan berikutan prestasi syarikat pengurusan dana milik kerajaan Sarawak yang semakin memuaskan selepas melalui proses penstrukturan semula.

Katanya lagi, terdapat lebihan pendapatan sebanyak RM12 juta yang tersedia sebagai rizab, bagi menampung pendapatan dana ASSAR untuk tempoh seterusnya.

“Sementara itu, jumlah keseluruhan pendapatan kasar yang direalisasikan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 ialah sebanyak RM38.39 juta, dengan 43 peratus atau RM16.35 juta adalah pendapatan faedah daripada sekuriti berpendapatan tetap.

“Sejumlah 36 peratus atau RM13.96 juta merupakan keuntungan daripada penjualan ekuiti dan saham, diikuti 13 peratus atau RM5.15 juta pendapatan dividen daripada pegangan saham.

“Selebihnya lapan peratus atau RM2.93 juta terdiri daripada pendapatan faedah daripada instrumen pasaran wang dan keuntungan daripada penjualan sekuriti berpendapatan tetap,” jelasnya.

Dalam pada itu ujarnya, sekuriti berpendapatan tetap terus menjadi tunjang kepada dana ASSAR, sekali gus memberi aliran pendapatan stabil serta mengurangkan impak keadaan pasaran saham yang tidak menentu.

“Polisi ASSAR hanya membolehkan pengagihan dividen daripada pendapatan yang direalisasikan termasuk lebihan pendapatan daripada tahun kewangan terdahulu.

“Maka, setelah ditolak perbelanjaan sebanyak RM5.70 juta, pendapatan bersih ASSAR ialah RM32.69 juta.

“Oleh itu, mengambil kira lebihan pendapatan sebanyak RM8.06 juta daripada tahun kewangan sebelumnya, serta diselaraskan dengan pembayaran dividen interim tahun kewangan 2025 sebanyak RM14.23 juta, jumlah pendapatan boleh agih pada 30 Jun 2025 adalah sebanyak RM26.52 juta,” katanya lagi.

Beliau percaya pengumuman tersebut adalah berita gembira bagi para pelabur sedia ada serta berharap ia dapat menggalakkan lagi minat melabur dalam kalangan masyarakat Bumiputera Sarawak.

“Di samping pengagihan dividen yang kompetitif ini, saya ingin menekankan bahawa ASSAR merupakan satu instrumen pelaburan yang selamat dan berisiko rendah dengan adanya mekanisme jaminan harga minima RM1.00 seunit,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha