ARTIKEL

Atasi masalah kekurangan pegawai perubatan di Hospital Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hospital Mukah bukan sahaja berdepan masalah kekurangan pegawai perubatan dan jururawat, tetapi juga kemudahan asas hospital seperti perabot yang usang dan tidak mencukupi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine berkata, hanya enam daripada 11 orang pegawai perubatan yang ditempatkan di Hospital Mukah.

“Ini disebabkan pegawai yang berpindah tidak digantikan malahan ada yang dipindahkan dan ada juga yang keluar untuk melanjutkan pelajaran,” katanya ketika membahaskan ucapan Yang di-Pertua Negeri sempena persidangan DUN, hari ini.

Pada masa sama, beliau bercadang agar ada penambahan jururawat memandangkan jumlah sedia ada tidak mencukupi untuk menampung kenaikan jumlah pesakit yang dimasukkan ke wad.

“Hal ini menyebabkan ada segelintir jururawat yang terpaksa bekerja lebih masa apabila ada dalam kalangan rakan mereka cuti bersalin,” katanya.

Dalam pada itu, Royston berkata perabot di wad dan bilik pemeriksaan serta kelengkapan sedia ada ketika ini kebanyakannya sudah uzur dan tidak berfungsi dengan baik, sekali gus menjejaskan perkhidmatan yang diberikan.

Selain itu, katanya Hospital Mukah juga memerlukan dua unit mesin ultrabunyi untuk kegunaan di unit kecemasan dan jabatan pesakit luar yang dianggarkan berharga RM150,000 sehingga RM200,000 seunit.

“Mesin ultrabunyi yang sedia ada pun sudah tidak dapat berfungsi dengan baik dan dianggarkan sudah diguna hampir 30 tahun,” katanya.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul