ARTIKEL

AKSI… perlawanan catur.

Atlet catur Sarawak gagal raih pingat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Atlet catur Sarawak gagal meraih pingat pada acara catur melibatkan kategori rapid lelaki berkumpulan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.

Pulau Pinang berjaya merangkul pingat emas dalam acara itu, Selangor meraih perak dan gangsa menjadi milik Kelantan.

Sarawak diwakili oleh Lim See Siang Fergus dan Mohd Ameenudeen Mohd Fadhlullah, berjaya menempatkan diri di kedudukan keempat.

Sementara, bagi kategori rapid wanita berpasukan Pulau Pinang juga membawa pulang pingat emas, Melaka meraih perak dan Selangor memenangi gangsa.

Pemain wanita Sarawak, Ung Hui Pin dan Ngu Yi Di, menduduki tempat kesembilan dalam pertandingan itu.

Di sebalik kekecewaan Sarawak dalam acara yang diadakan di Dewan Jubli, Universiti Teknologi MARA (UiTM) tersebut, pasukan Sarawak akan terus berentap dalam kategori standard lelaki dan wanita individu.

Setakat ini, pasukan Sarawak kekal bertanding untuk acara berpasukan individu standard, yang berakhir esok serentak dengan permulaan acara blitz.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium