Kecemerlangan atlet IPT menjadi penyumbang terbesar pingat untuk kontinjen negara di Temasya Sukan Asia 2023, Hangzhou, China.
Memetik perkongsian Kementerian Pendidikan Tinggi di Facebook, atlet IPT menyumbang 17 pingat secara keseluruhan iaitu tiga, emas, lima perak dan sembilan gangsa.
Terdahulu, kontinjen negara meraih 32 pingat sekali gus melepasi sasaran 27 pingat pada edisi kali ini.



