ARTIKEL

Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Glasgow2026, Datuk Awalan Abdul Aziz ketika ditemui media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas mengharumkan nama negara pada Sukan Komanwel Glasgow 2026

Atlet Malaysia bakal terima ganjaran RM1.1 juta atas kejayaan di Gasgow

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Kerajaan memperuntukkan RM1.1 juta menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebagai ganjaran kepada atlet kontinjen Malaysia yang memenangi pingat pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata pemenang pingat emas menerima RM80,000, dengan tambahan RM10,000 kepada atlet yang memecahkan rekod temasya. Pemenang pingat perak pula menerima RM40,000, manakala pingat gangsa RM20,000.

Beliau berkata Majlis Sukan Negara (MSN) turut berbincang untuk meningkatkan kadar ganjaran SHAKAM menerusi penambahan dana korporat.

Malaysia menamatkan kempen di Glasgow dengan pencapaian melebihi sasaran apabila meraih lapan pingat emas, tiga perak dan lima gangsa.

Dr Mohammed Taufiq berkata strategi menetapkan sasaran berdasarkan warna pingat akan diteruskan pada temasya akan datang, termasuk Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, selepas terbukti berkesan di Glasgow.

Beliau berkata pendekatan itu dirangka hasil perbincangan bersama persatuan sukan, jurulatih dan atlet bagi mengelakkan tekanan berlebihan, namun pada masa sama mampu menyuntik semangat atlet untuk memburu lebih banyak pingat emas dan menjadi langkah ke arah sasaran emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik.

Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Awalan Abdul Aziz berkata sasaran emas skuad boling padang hanya ditetapkan secara dalaman bagi mengurangkan tekanan kepada atlet.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur atas kejayaan kontinjen negara melepasi sasaran bagi setiap warna pingat hasil komitmen atlet dan barisan kejurulatihan seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada

BERITA TERBARU

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri