ARTIKEL

Atlet para renang Sarawak terima sumbangan kerusi roda

Atlet para renang Sarawak terima sumbangan kerusi roda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Atlet para renang Sarawak menerima sumbangan kerusi roda sebagai persediaan menghadapi latihan serta Kejohanan Sirkit Kebangsaan dan Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor pada September ini.

Penyerahan kerusi roda tersebut disempurnakan oleh Presiden Para Renang Sarawak, Sarini @ Syarbini Kedri yang juga Ketua Jurulatih Para Renang Negeri Sarawak, di Pusat Kecemerlangan Akuatik Jabatan Belia dan Sukan Kuching.

Penerima terdiri daripada atlet kerusi roda Para SUKMA, iaitu Fattah Abdullah, Rapelson Richard Hamit dan Hasrooy Abu Bakar yang diwakili oleh Rizattul Murtaza Muhmud Musa.

“Kerusi roda berkenaan merupakan sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor yang juga Penaung Persatuan Para Renang Sarawak bagi kemudahan dan membantu atlet Para Renang Sarawak menghadapi latihan serta persediaan Kejohanan Sirkit Kebangsaan dan Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor pada September ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut hadir jurulatih Imran Nawawi serta penolong jurulatih Mohammad Ali Seman.

Dalam pada itu, Sarini berkata latihan berterusan telah diadakan sejak Januari 2025 sehingga kini bagi memastikan prestasi atlet berada pada tahap kecergasan terbaik untuk mencapai sasaran.

Mengulas mengenai sasaran pingat, beliau berkata sasaran tersebut telah ditetapkan dan akan dibawa ke mesyuarat sebelum diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti pada suatu masa sebelum kejohanan Para SUKMA Selangor.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU