ARTIKEL

Gambar hiasan

Australia perketat akses media sosial

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Larangan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun di Australia menunjukkan kesan awal apabila pemilikan akaun dalam kumpulan itu menurun 37 peratus.

Pengawal selia eSafety memaklumkan lebih lima juta akaun telah disekat sejak undang-undang itu berkuat kuasa pada 10 Disember 2025.

Kadar pemilikan akaun dalam kalangan individu bawah 16 tahun turut menurun daripada 49.7 peratus kepada 31.3 peratus.

Undang-undang itu mewajibkan platform media sosial menghalang pengguna bawah umur daripada memiliki akaun, dengan denda sehingga A$49.5 juta bagi syarikat yang gagal mematuhinya.

Menurut Bernama, Australia berkata langkah itu bertujuan melindungi kanak-kanak daripada kandungan berbahaya, penderaan dalam talian dan penggunaan media sosial yang berlebihan.

BERITA LAIN

Singapura nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menerusi Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warganya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi berikutan peningkatan ancaman keselamatan di rantau berkenaan. Langkah

BERITA TERBARU