KUCHING: Dalam satu kenyataan Kementerian Kewangan berkongsi modus operandi phishing atau cara scammer menjerat mangsa.
Scammer akan menghantar SMS atau email dan pautan tidak sah bank atau syarikat palsu.
“ Ingat! Jangan sesekali tekan pautan yang tidak sah. Kita mestilah sentiasa berwaspada terutamanya apabila melibatkan urusan perbankan.” kata kenyataan tersebut.
Antara helah atau tipu daya scammer untuk perangkap mangsa dengan penawaran hadiah, kemas kini akaun bank dan siasatan jenayah yang tidak wujud.
Malah mereka akan meminta mangsa memasukkan maklumat perbankan dan ID pengguna dalam aplikasi palsu.
Sesiapa yang terpedaya berbuat demikian maka bersedia untuk kehilangan duit dalam akaun bank tanpa disedari.



