ARTIKEL

Dr Simon berkesempatan mendapatkan saringan kesihatan sempena Majlis Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Bahagian Serian

Awas penyakit ini berjangkit, boleh bawa maut…

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEBEDU: Usaha bagi meningkatkan kadar pengesanan kes penyakit Tuberculosis atau tibi perlu dipergiatkan lagi melalui saringan awal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dr Simon Sinang Bada berkata, penyakit berjangkit ini sangat membimbangkan kerana ia boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan betul.

“Adalah penting untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya disyaki menghidap Tibi bagi mengurangkan risiko penularan kepada orang lain.

“Kita mahu penduduk di daerah Tebedu bebas daripada jangkitan kuman Tibi dan penyakit ini boleh dirawat sepenuhnya.

“Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan komplikasi serius seperti keradangan paru-paru, kerosakan organ, dan juga kematian,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Bahagian Serian di Dewan Masyarakat Tebedu di sini semalam.

Pada masa sama, beliau juga berterima kasih kepada pihak Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) serian kerana telah menjadikan daerah Tebedu sebagai lokasi terakhir penganjuran program tersebut.

Katanya, program sedemikian berupaya meningkatkan kesedaran serta sokongan pelbagai pihak terhadap usaha-usaha kawalan dan pencegahan penyakit Tibi terutama di bahagian Serian.

Terdahulu, program ini turut diadakan di beberapa lokasi di negeri ini bermula 19 hingga 22 Februari lalu iaitu di Dewan Siburan, Klinik Kesihatan (KK) Teng Bukap, Dewan Balai Ringin, Balau Babuk Barum Kampung Bunan Gega, dan Dewan Masyarakat Tebedu.

Pegawai Kesihatan Bahagian Serian Dr Nur Izzah Ibrahim, Pegawai Daerah Pejabat Daerah Tebedu Joseph Liaw, wakil Residen Bahagian Serian Wee Chung Yee, Setiausaha Majlis Daerah Serian Tay Guan Huat, Pemanca Kane Manung, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Tibi dan Kusta Dr Emmanuel Joseph Fong dan Pemangku Pegawai Daerah Siburan Ranum Bari turut hadir.

Dr Simon berkesempatan mendapatkan saringan kesihatan sempena Majlis Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Bahagian Serian

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU