KUCHING: Modus operandi Macau Scam licik untuk diketahui kerana mereka menyamar sebagai badan penguatkuasa, institusi kewangan dan syarikat perkhidmatan.
Cara terbaik untuk mengelak jangan layan panggilan telefon yang tidak dikenali.
Sila semak dengan balai polis, bank atau agensi berkaitan untuk pengesahan maklumat jika mereka menawarkan sesuatu yang mencurigai.
Tolong beritahu atau kongsi maklumat dengan pasangan, rakan atau ahli keluarga berkaitan panggilan yang diterima.
Mereka licik memperdaya mangsa tetapi jadilah lebih bijak dengan sikap lebih berhati-hati.





