ARTIKEL

Awas tawaran dan perolehan palsu guna nama UNIMAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menggesa orang ramai melaporkan kepada pihak Universiti sebarang penggunaan identiti rasmi yang mencurigakan, khususnya bagi urusan tawaran, pelantikan vendor dan perolehan yang tidak disahkan.

UNIMAS dalam kenyataan media hari ini memaklumkan bahawa orang awam, syarikat, pembekal, vendor dan pihak berkepentingan dinasihatkan supaya mengesahkan sebarang urusan melalui saluran rasmi UNIMAS sebelum membuat keputusan atau memberikan sebarang komitmen.

Selain itu, UNIMAS menegaskan bahawa penggunaan nama, logo, kepala surat, tanda tangan atau cop rasmi Universiti pada sesuatu dokumen tidak semestinya membuktikan dokumen atau urusan berkenaan dikeluarkan, diluluskan atau disahkan secara rasmi.

Sehubungan itu, orang awam juga diingatkan supaya tidak melakukan transaksi pembayaran atau menyerahkan maklumat perbankan, dokumen sulit dan maklumat peribadi sehingga kesahihan urusan berkenaan dipastikan.

“Orang ramai tidak seharusnya menggunakan atau menyebarkan dokumen yang belum disahkan sebagai bukti kelulusan, pelantikan, sokongan atau pengesahan rasmi universiti.

“Laporan kepada pihak berkuasa berkaitan boleh dibuat sekiranya terdapat petunjuk kesalahan penggunaan identiti rasmi terbabit.

“Bagi tujuan pengesahan, orang ramai boleh merujuk saluran komunikasi rasmi melalui laman web www.unimas.my dan tidak bergantung semata-mata kepada maklumat perhubungan yang tertera dalam dokumen atau surat yang belum disahkan,” katanya.

Pihaknya turut menegaskan bahawa nama, logo dan identiti rasminya tidak boleh digunakan, diterbitkan semula atau dimanipulasi tanpa kebenaran sewajarnya, terutama bagi tujuan mengelirukan atau mewujudkan gambaran bahawa sesuatu urusan mendapat pengiktirafan, kelulusan atau pengesahan rasmi.

UNIMAS menegaskan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang penyalahgunaan identiti rasmi yang boleh mengelirukan orang awam, menjejaskan reputasi Universiti atau digunakan bagi tujuan menyalahi undang-undang.

“Universiti berhak mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa,” tegas

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Persekutuan Kuntau Sarawak pamer kecemerlangan

KUCHING: Persekutuan Kuntau Sarawak (SKF) mencapai satu lagi kejayaan penting dalam mempromosikan warisan seni mempertahankan diri tradisional Sarawak di persada antarabangsa menerusi penyertaan dalam Pertandingan