ARTIKEL

Awla Dris sempat meninjau beberapa pusat pengundian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dun Simunjan, Awla Dris berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian di kawasan terbabit.

Beliau yang juga penyandang kerusi kawasan berkenaan sempat meninjau di beberapa pusat pengundian seawal pagi tadi.

Sebelum melaksanakan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Man, Simunjan tengahari tadi bersama isteri, Napsiah Abang Kaderi jam 12.00 tengah hari.

“Proses pengundian berjalan lancar, semua pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” kata Awla ketika ditemui sebentar tadi.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12, Awla Dris berdepan tiga pencabar iaitu Hapeni Fadil (PKR), Raily@Reli Ali (PSB) dan Saharuddin Abdullah (PBK).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU