Axia terbalik di Betong, pemandu dan dua penumpang selamat

BETONG: Pemandu dan dua penumpang terselamat setelah kenderaan yang dinaiki mereka terbalik akibat jalan licin dekat Serudit, dinihari tadi.

Mangsa sedang dalam perjalanan dari Betong hendak ke Saratok.

Difahamkan, kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki secara tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik.

Bagaimanapun, mereka bertiga tidak tersepit dan berjaya keluar dari perut kenderaan dengan sendiri.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong Henry Jugah, pasukan Charlie yang digegaskan ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan pada 3:50 pagi mendapati berlaku kemalangan kendiri.

“Kereta terbalik di tengah jalan raya dan tiada mangsa yang tersepit.

“Pasukan kita cuma menghantar pemandu ke Hospital Betong kerana didapati mengalami cedera ringan di tangan,” katanya di sini, hari ini.

Operasi tamat kira-kira 5:00 pagi.