ARTIKEL

JUARA…Pemain pasukan Ayoo Jima FT.

Ayoo Jima FT rangkul gelaran juara Kejohanan Futsal Piala Top Eight Edisi I

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pasukan Ayoo Jima FT melakar sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Futsal Piala Top Eight Edisi I 2025 yang berlangsung di Stadium Muhibah Bintulu, hujung minggu lalu.

Pada aksi final, pasukan yang semakin digeruni dengan prestasi dan kredibiliti semasa itu menewaskan Sesuka FT menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa penuh permainan.

Kejayaan berkenaan membolehkan Ayoo Jima FT membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta piala dan pingat.

Sesuka FT selaku naib juara pula menerima wang tunai RM700 selain piala dan pingat, manakala tempat ketiga menjadi milik pasukan Mozo Sport yang membawa pulang wang tunai RM300, piala dan pingat.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden Kelab Futsal Top Eight, Cik Halimah Musa, dengan kehadiran Pengerusi Kejohanan, Sylevester Chuyon Michael.

NAIB JUARA…Sesuka FT.

Menurut Halimah, kejohanan anjuran Kelab Futsal Top Eight itu berlangsung selama sehari pada 13 Disember lalu, melibatkan penyertaan 16 pasukan dari pelbagai kelab.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan penganjuran kejohanan berkenaan.

“Pihak kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama yang diberikan,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Dalam pada itu, Halimah memaklumkan pihaknya dijangka menganjurkan kejohanan sama bagi edisi kedua pada tahun hadapan.

TEMPAT KETIGA…Mozo Sport.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU