ARTIKEL

Hassnal dan peserta AYS ketika menghadiri Persidangan Antarabangsa Toastmasters Daerah 75 yang berlangsung di Pampanga, Filipina

AZAM Young Souls wakili Malaysia di Filipina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAMPANGA: AZAM Young Souls (AYS) Toastmasters Club mencatat pencapaian bermakna apabila mewakili Malaysia di District 75 Toastmasters International Conference yang berlangsung di Pampanga, Filipina, pada 3 Mei 2026.

Seramai lima delegasi AYS menyertai program yang menghimpunkan kira-kira 300 peserta dari pelbagai negara.

Sepanjang persidangan tiga hari itu, mereka terlibat dalam pelbagai pertandingan dan sesi termasuk Pertandingan Ucapan Antarabangsa, Pertandingan Ucapan Penilaian, Pertandingan Topik Dadakan serta Pertandingan Ucapan Humor, selain berkongsi inisiatif AZAM Sarawak di peringkat antarabangsa.

Salah seorang peserta berkata, penyertaan itu merupakan pengalaman bermakna yang membuka ruang pembelajaran baharu dalam pengurusan dan pembangunan kelab.

“Pengalaman tersebut memberi keyakinan serta perspektif baharu yang akan dibawa pulang untuk pembangunan belia di Sarawak.

Pengurus Komunikasi Strategik, Media & Hubungan Belia AZAM Sarawak, Mohd Hassnal Hakim Junaidi menegaskan bahawa, pendedahan antarabangsa memainkan peranan penting dalam melahirkan pemimpin muda yang lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan.

“Kami melihat AYS sebagai hab pembangunan belia yang semakin berkembang di Sarawak dengan misi untuk menjadikannya platform bermakna dalam pembangunan belia melalui komunikasi, kemahiran insaniah dan kepimpinan.

AYS seterusnya akan meneruskan penyertaan di District 87 Toastmasters International Conference di Sibu pada 15 hingga 17 Mei ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,