ARTIKEL

Nombor satu... Azhad mempamerkan tali pinggang kebangsaan kategori 75-80 kg yang berjaya dimenangi.

Azhad juara Muay Thai negara kategori 80kg

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Anak jati Petra Jaya, Azhad Haziq Syafaat Abdul Khalid, 20 melakar sejarah tersendiri apabila memenangi kategori 80kg Kejohanan Muay Thai Sukan Tempur Kebangsaan (PRASUKMA) & Kejohanan Muay Thai Grand Prix 2025.

Kejayaan menumpaskan wakil dari Kelab Gorila Boxing Singapura, Iqmal Arif sekali gus menjadikannya wakil pertama dari bumi kenyalang merangkul gelaran sebagai atlet Muay Thai kategori 75-80kg nombor satu negara.

TUNJUK… Presiden Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS) Haji Jumaat Ibrahim(kiri) menunjukkan tali pinggang kebangsaan 75-80 kg.

Azhad yang kini menyambung pengajian di Politeknik Kuching itu meraih Tali Pinggang Kebangsaan bagi kategori 75-80kg.

“Ini merupakan cabaran baru pada saya dalam sukan Muay Thai memandangkan kategori ini sebenarnya masih baru buat diri saya.

“Kategori sebenar saya adalah 70 kg.

Untuk mencapai ke arah itu, saya perlu menaikkan berat kira-kira 10 kg.

“Menentang seseorang yang lebih besar dan pengalaman kali pertama dalam kategori ini memang mencabar, namun bersyukur kerana saya dapat mengatasinya,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau pada masa sama menganggap kejayaan itu sebagai motivasi untuk meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa.

Ditanya sama ada berniat untuk kekal fokus dalam kategori tersebut, Azhad berpendapat beliau bercadang untuk memberi fokus yang lebih kepada kategori 70kg.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU