ARTIKEL

Azizul ketika membahaskan Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Azizul Cadang Percepat Pembinaan Jalan Pertanian di Tanjong Datu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembinaan jalan pertanian di kawasan luar bandar dan pesisir Sarawak perlu dipercepat bagi membuka akses lebih selamat kepada tanah milik penduduk kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, beberapa kawasan di kawasannya masih memerlukan penambahbaikan jaringan jalan pertanian.

“Antara kawasan terlibat termasuklah di Kuala Bandang, Telok Nibong, Kampung Sungai Limo/Langgir di Zon Sampadi serta Kampung Sebat Dayak dan Kampung Siru Dayak di Zon Sematan.

“Saya ingin melihat penambahan jalan-jalan pertanian di kawasan yang masih memerlukan ini agar dapat membuka akses kepada tanah-tanah penduduk kampung yang sebelum ini hanya boleh dilalui melalui laluan tanah kecil dan berbahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azizul berkata pelaksanaan projek infrastruktur di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Projek Rakyat serta Agensi Pembangunan Bersepadu Bahagian Kuching (GKCDA) membantu meningkatkan tahap ketersambungan di Tanjong Datu sehingga mencapai sekitar 85 peratus.

Selain itu, Azizul mencadangkan pembinaan jalan pesisir dari Sematan ke Telok Melano dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Dalam perkembangan sama, beliau turut berharap liputan telekomunikasi di Sarawak terus dipertingkatkan menerusi penambahan menara di bawah projek JENDELA 2.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan