ARTIKEL

Azman Adnan | BERNAMA

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan Azman, yang berpengalaman lebih 34 tahun dalam bidang pendidikan, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Kepengetuaan daripada Universiti Malaya (UM). 

Menurut KPM, Azman berpengalaman memimpin institusi pendidikan di pelbagai peringkat termasuk sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

Antara jawatan yang disandang pada peringkat KPM ialah Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. – BERNAMA

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,