ARTIKEL

TETAP BERPUAS HATI...Mohd. Azri Johari

Azri tetap kagum prestasi pemain Samarahan walaupun tewas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Mohd. Azri Johari tetap kagum dengan persembahan dipamerkan anak-anak buahnya meskipun terpaksa akur dengan kekalahan tipis (1-0) di tangan jiran tetangga mereka, Kuching pada aksi terakhir Zon Selatan, Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) semalam.

Menurut Azri, pemain telah menampilkan satu komitmen begitu tinggi sepanjang tempoh permainan.

TETAP MANTAP…Kesebelasan utama pasukan Samarahan. – FOTO FAIZAL BUJANG

“Satu persembahan yang begitu hebat ditampilkan pemain sepanjang perlawanan.

“Kita terima kekalahan ini dengan terbuka dalam keadaan pemain telah berusaha untuk cuba mencetak kemenangan,” ujar Azri kepada Arena Suara Sarawak.

Secara keseluruhan beliau amat berpuas hati dengan pencapaian pasukan Samarahan dalam kempen SPL 2026 kerana menunjukkan peningkatan pencapaiannya.

“Musim ini kami bergelar naib juara berbanding musim lepas menduduki tempat ketiga,” tambah Azri yang turut mengucapkan terima kasih kepada pemain dan barisan kejurulatihan pasukannya.

Dalam perkembangan sama, Azri mengumumkan kemasukan dua bintang berpengalaman untuk memperkuatkan jentera pasukannya bagi menghadapi saingan Piala Premier Sarawak 2026.

“Dua pemain berpengalaman iaitu Zul Mohi yang juga bekas penjaga Sarawak dan bekas kapten Kuching FA, Rafiezan Razali antara pemain baharu yang akan memperkuat jentera pasukan Samarahan untuk menghadapi kempen Piala Premier Sarawak 2026,” katanya.

BERITA LAIN

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan