»Penyanyi sensasi tanah air, Baby Shima sekali lagi mencuri perhatian dunia hiburan dengan pelancaran single terbaharunya berjudul Island Boi.
Lagu bergenre pop dangdut kontemporari itu membawa tema cinta tropika yang segar dan romantik, sekali gus menambah warna dalam perjalanan seni Shima yang semakin menyerlah di Malaysia serta Indonesia.
Island Boi merupakan hasil ciptaan dan lirik oleh komposer Ezra Kong yang diinspirasikan daripada suasana indah di Bali.
Liriknya mengisahkan bagaimana sebuah pertemuan di pulau mampu menawan hati dalam sekelip mata hingga mencetuskan kisah cinta manis penuh kenangan.
Dengan vokal manja serta gaya persembahan unik, Shima yakin lagu ini mudah melekat di telinga pendengar.
Menurut Shima, proses rakaman vokal berjalan pantas kerana beliau sudah membuat persediaan awal.
“Shima sudah cukup berlatih sebelum masuk studio, jadi rakaman dapat disiapkan dalam masa sejam sahaja,” katanya.
Namun, perjalanan untuk menyiapkan muzik video lagu ini tidak semudah itu. Shima mendedahkan pasukannya berdepan cabaran apabila ribut melanda lokasi asal penggambaran di Phuket.
“Kami terpaksa membatalkan penggambaran di sana dan berpindah ke Pattaya bagi menjayakan muzik video Island Boi.
Alhamdulillah, akhirnya segalanya berjalan lancar,” ujarnya. Shima turut menyifatkan kerjasama bersama Ezra Kong kali ini sebagai pengalaman menyeronokkan kerana mereka pernah bekerjasama sebelum ini.
Hubungan kerja yang baik itu memudahkan proses kreatif, sekali gus menghasilkan sebuah karya yang memenuhi cita rasa pasaran tempatan dan antarabangsa.
Dalam masa yang sama, Shima kini giat menjayakan rangkaian jelajah Hajatan Sukses melibatkan 20 bandar utama di Indonesia.
Kehadiran beliau di negara jiran itu sekali lagi membuktikan popularitinya yang semakin kukuh di sana. Selain itu, Shima juga kerap ulang alik ke Sabah dan Sarawak bagi memenuhi undangan persembahan pentas.
“Shima sangat berharap Island Boi dapat diterima bukan sahaja oleh peminat di Malaysia tetapi juga di Indonesia.
Harapan Shima agar lagu ini berjaya tular di semua platform muzik dan menjadi teman buat mereka yang sedang dilamun cinta,” katanya penuh optimis.
Lagu Island Boiboleh didengari di semua platform penstriman bermula 22 Ogos lalu, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian baharu dalam kerjaya Baby Shima yang kian berkembang pesat. popularitinya yang semakin kukuh di
Selain itu, Shima juga kerap ulang alik ke Sabah dan Island diterima bukan Harapan Shima berjaya tular di semua platform menjadi teman sedang dilamun cinta,” katanya penuh optimis. boleh didengari di semua platform penstriman bermula 22 Ogos lalu, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian baharu dalam kerjaya Baby Shima.



