ARTIKEL

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

BAC 2024: Sze Fei-Nur Izzuddin cipta sensasi singkir jaguh dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mencipta sensasi tersendiri apabila mereka menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China semalam.

Gandingan ranking ke-19 dunia itu ternyata tampil luar biasa untuk mengejutkan gandingan ranking nombor dua dunia tersebut 21-13 dan 21-18 dalam tempoh 44 minit.

Menanti mereka pada pusingan kedua adalah gandingan ranking ke-11 dunia dari negara tuan rumah, China He Jiting-Ren Xiangyu.

Dua pasangan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, turut mengiringi kemaraan ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing.

Wei Chong-Kai Wun menewaskan gandingan tuan rumah, Chen Bo Yang-Liu Yi, 21-15, 21-12 dan akan bertemu wakil Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, sementara Aaron-Wooi Yik, yang menewaskan gandingan India, Hariharan Amsakarunan-Ruban Kumar Rethinasabapathi, 21-15, 21-14 akan bertemu wakil Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura. – BERNAMA

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU