KUCHING: Kejutan berjaya dicipta atlet angkat berat muda Sarawak pada Kejohanan Bakat Kebangsaan, Sukan Angkat Berat 2023 yang berlangsung di pusat beli-belah Melaka hujung minggu lalu.
Anak-anak buah Jelinie Empera berjaya meraih tiga pingat, satu emas dan dua gangsa.
Walaupun tiada sasaran diletakkan kepada barisan muda berkenaan.
Pingat emas disumbang Paul Ju Tino (Bawah 16 Tahun/73 kilogram).
Manakala, dua pingat perak masing-masing disumbangkan oleh Darren Busang (Bawah 13 Tahun/55kg) dan Cyprian Evan Jeffrey (Bawah 16 Tahun/73kg).
Lapan atlet muda dipertaruhkan Sarawak dalam kejohanan tersebut.
Sementara, lima peserta lain gagal menghadiahkan pingat termasuk Mary Liong May Ling (Bawah 13 Tahun/49kg), Regina Lyne Micheal Colline (Bawah 16 Tahun/55kg), Rozana Andrew Pangai (Bawah 16 Tahun/49kg), Fedeliz Bantin Dahlan (Bawah 16 Tahun/67kg) dan Samuel Fernandez Panas (Bawah 16 Tahun/61kg).
Himpunan atlet terbabit terdiri daripada Pusat Pembangunan Zon Tengah yang berusia bawah 13 hingga 16 tahun.


