KUCHING: Pasukan Alba ‘B’ melakar sejarah apabila muncul juara Pertandingan Badminton Berpasukan, Piala Datuk Seri Nancy Shukri 2023.
Saingan yang berlangsung di Dewan Persatuan Badminton Bumiputera Sarawak (PBBS), Petra Jaya hujung minggu lalu menyaksikan Alba ‘B’ berjaya menewaskan Gersik (2-1).
Kejayaan itu membolehkan pemain pasukan terbabit membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM3,000.
Sementara itu hadiah wang tunai RM2,000 termasuk piala diterima pemain pasukan Gersik selaku naib juara.
Dalam pada itu, dua pasukan iaitu Alba ‘A’ dan Mixto Pro yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima hadiah wang tunai RM800 selaku pemenang tempat ketiga bersama.
Pertandingan anjuran PBB itu menghimpunkan 19 buah pasukan keseluruhan.







