ARTIKEL

Goh menewaskan Muhammad Nur Azhar, 2-1

Badminton: Goh Shun Huat layak ke suku akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Satu-satunya harapan Sarawak dalam badminton Perseorangan Lelaki Sukan Malaysia (SUKMA XXI) ke-21, Goh Shun Huat, berjaya mara ke suku akhir selepas menewaskan pemain Sabah Muhammad Nur Azhar Zunaide.

Goh memperoleh kemenangan 2-1 dalam perlawanan yang cukup sengit.

Walaupun tewas set pertama 20-22, Goh bangkit pada set kedua, mendominasi perlawanan dengan kemenangan 21-12 dan mendahului 9 mata.

Perlawanan itu berlanjutan ke set penentuan, apabila Goh dengan mengakhiri harapan Muhammad Nur Azhar untuk mara, menang 21-5 dengan kelebihan 16 mata.

Esok Goh akan menentang pemain Pulau Pinang, Ong Zhen Yi di suku akhir.

Sebelum ini, Goh menentang Ong dalam kategori Kumpulan Campuran yang menduduki tempat kedua badminton SUKMA XXI.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU