ARTIKEL

Bagaikan berada di Christmas Wonderland

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) membuat persiapan rapi bagi penganjuran Pesta Krismas MPS 2023 yang akan bermula 8 Disember di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I.

Pengerusi jawatankuasa penganjurannya Kaunselor Simon Wee Kim Choon berkata, kerja-kerja penyiapan dekorasi di dataran itu sedang berada dalam fasa akhir dan hampir siap.

“Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I akan bertukar menjadi kawasan ala-ala musim sejuk dan bersedia menerima kunjungan pengunjung untuk merasai sendiri suasana Krismas seperti berada di Christmas Wonderland.

“Kita sedang berada di fasa terakhir untuk menyiapkan dekorasi yang menarik serta bakal menjadi tarikan ramai,” kata beliau semasa dihubungi, semalam.

Wee yakin bahawa dekorasi yang direka bakal memukau pengunjung dan pihaknya bersedia untuk menerima ribuan pengunjung yang hadir pada setiap malam sepanjang pesta tersebut berlangsung sehingga 25 Disember ini.
Beliau berkata, pesta yang bertemakan A Classic Christmas itu menjanjikan kelainan dan lebih hebat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Tahun ini kita ada kereta api elektrik dan mesin membuat salji untuk menyemarakkan lagi suasana perayaan seperti berada di Christmas Wonderland bersama-sama dengan gerbang yang dihias dan replika Santa Claus.

“Dataran juga akan diserikan dengan lampu hiasan perayaan dan berubah menjadi kawasan ala-ala musim sejuk,” jelas beliau.

Menyentuh mengenai pesta itu yang mula dibuka kepada pengunjung dari jam 5 petang sehingga 11 malam sepanjang tempoh penganjurannya, beliau berkata, terdapat 87 gerai makanan, minuman dan cenderamata akan didirikan di sekeliling dataran tersebut.

Selain itu, jelas beliau, pokok-pokok Krismas atau senibina Krismas juga akan memeriahkan lagi pesta itu dimana seramai 12 sektor korporat turut terlibat dalam pertandingan hiasan pokok dan senibina Krismas.

“Pokok dan senibina Krismas ini akan didirikan di depan Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II,” ujar beliau.
Wee turut menyenaraikan pesta akan dimeriahkan dengan persembahan gereja dan busking, pesta Zumba Krismas, pertandingan hiasan pokok Krismas dan trak makanan, hidangan kulinari dan gerai cenderamata, trak makanan, paparan cahaya yang mempesonakan dan hiasan yang mempesonakan serta upacara menyalakan lampu, sebagai antara acara utama.

Mengenai persembahan gereja dan busking, beliau mendedahkan ia akan diadakan di pentas utama Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I dari 18 hingga 25 Disember.

“Kami berharap pengunjung tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri keunikan dan kelainan yang telah kami reka untuk pesta ini. Sudah pasti tahun ini, ia adalah sesuatu kelainan berbanding sebelum ini. Jadi… datanglah, rasai pengalamannya,” kata Wee.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian