KUCHING: Bahagian Samarahan dan Serian telah diisytiharkan sebagai Bahagian Jangkitan Rabies berikutan kes positif rabies membabitkan haiwan dikesan di kedua-dua bahagian itu, baru-baru ini.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan bahagian di Sarawak yang diisytiharkan sebagai kawasan dijangkiti rabies kepada empat dengan bahagian Kuching dan Bintulu mengekalkan status tersebut.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata pengisytiharan ini perlu bagi memastikan lebih banyak usaha diambil oleh bahagian berkenaan.
Menurutnya setakat tahun ini, 20 haiwan telah dikenal pasti positif rabies daripada 133 sampel yang diuji.
“Sebanyak 10 kes wabak rabies dikesan di Kuching, manakala tiga kes dikesan di Padawan, satu kes masing-masing di Samarahan, Bau dan Tebedu serta dua kes di Bintulu dan Sebauh.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan pergi ke klinik berhampiran jika digigit haiwan.
“Sehubungan itu, pemilik anjing mesti bertanggungjawab untuk memastikan haiwan kesayangan mereka diberi vaksin anti-rabies.
“Vaksinasi anjing diwajibkan di bawah Seksyen 40, 1999. Pemilik anjing yang gagal mematuhi arahan boleh dikompaun sehingga RM1,000,”tegasnya.


