ARTIKEL

Bahan binaan mesra alam perlu diteroka, kurangkan pelepasan karbon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jurutera di negeri ini perlu meneroka bahan binaan yang mesra alam dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, salah satu punca yang melepaskan karbon ialah daripada simen dan pembinaan.

“Ini benar-benar mencemarkan alam sekitar. Jadi apa yang perlu lakukan? Anda (jurutera) perlu beralih kepada bahan hijau, mungkin bahan binaan hijau.

“Di sinilah inovasi dan penyelesaian masalah diperlukan dan saya pasti, jurutera tempatan boleh melakukannya. Anda boleh berinovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis makan malam tahunan Institut Jurutera Malaysia (IEM) cawangan Sarawak di Hotel Imperial pada Jumaat.

Abang Johari yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar menambah, Sarawak kini menumpukan kepada tenaga hijau dan boleh diperbaharui.

“Hari ini, jurutera sedang membina jalan raya, dengan Sarawak membekalkan wang itu. Projek-projek jalan pantai dan jambatan berjumlah RM12 bilion dan ini adalah wang Sarawak sendiri.

“Anda mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan seperti membina jalan raya dan jambatan. Tetapi bagaimana dengan bekalan kuasa dan air? Ia akan menjadi pelaburan yang besar dari segi infrastruktur.

“Oleh itu, kita memerlukan lebih ramai jurutera, tetapi ia mestilah dalam rangka kerja era baharu, iaitu hijau,” katanya.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU