BINTANGOR: Peserta lumba bot laju dan pengunjung Pesta Meradong diingatkan sentiasa mengutamakan keselamatan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini sepanjang penganjuran acara berkenaan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Lt (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, keselamatan merupakan aspek terpenting bagi setiap pelumba bot laju kerana aktiviti sukan air berkelajuan tinggi terdedah kepada risiko kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan.
Katanya, faktor seperti arus deras, objek terampai dan perubahan mendadak keadaan sungai menuntut pelumba sentiasa peka serta mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan pihak penganjur.
“Dalam perkembangan berkaitan, kita juga melakukan operasi pemantauan dan ‘flushing’ dalam menyediakan laluan sungai yang bebas daripada halangan.
“Langkah itu memastikan setiap pelumba dapat memecut bot pada kelajuan maksimum tanpa mengundang risiko tambahan akibat keadaan sungai yang tidak selamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam operasi ‘flushing’ yang dijalankan hari ini katanya, pelbagai agensi keselamatan mengambil bahagian termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) serta SFC Sarawak.
Katanya, operasi dimulakan dengan penurunan tiga bot dari Sungai Sarikei iaitu sebuah bot aluminium berkuasa 60HP, sebuah bot dinghy berkuasa 40HP dan sebuah bot fiber berkuasa 15HP sebelum bergerak melalui laluan sungai menuju lokasi operasi.
“Sebaik tiba di Meradong, anggota APM bersama PDRM, BOMBA dan SFC Sarawak mengikuti sesi taklimat ringkas sebelum memulakan operasi ‘flushing’ bagi memastikan laluan sungai benar-benar selamat untuk perlumbaan.
“Operasi bersepadu itu berjalan lancar dan tamat sekitar pukul 11.30 pagi tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya.
Beliau berkata, selepas operasi selesai semua bot dinaikkan dan ditempatkan di kawasan khemah khas yang disediakan penganjur bagi tujuan penyimpanan.
“Semua aset bot berada dalam keadaan baik dan selamat serta menjamin kesiapsiagaan agensi keselamatan menghadapi acara utama yang dijangka menarik penyertaan pelumba tempatan dan antarabangsa serta ribuan pengunjung,” katanya.

Kuching City Perlu Atasi Keletihan, Kembali Temui Rentak
KUCHING: Faktor keletihan akibat jadual perjalanan yang padat dan perpindahan dari satu bandar ke bandar yang lain menjadi antara punca Kuching City FC masih bergelut



