ARTIKEL

Bahaya rokok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAGI bukan perokok, asap rokok jauh lebih berbahaya berbanding asap yang disedut oleh perokok itu sendiri.

Golongan berisiko terdedah dengan bau asap rokok ialah kanak-kanak kerana mereka menyedut asap basi yang dihembus oleh perokok.

Ini menyebabkan kanak-kanak berisiko mengalami masalah kesihatan seperti asma dan jangkitan paru-paru.

Selain itu, perokok berisiko mengalami masalah kesuburan seperti mati pucuk sehingga mengganggu hubungan seksual.

Kualiti sperma juga terganggu sehingga menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan zuriat atau mungkin menyebabkan zuriat mengalami kecacatan.

Antara kesan lain ialah berisiko tinggi mendapat penyakit strok yang menjadi antara punca kematian di Malaysia.

Merokok mampu menyebabkan saluran darah di dalam otak tersumbat akibat nikotin terlalu tebal.

Ini menyebabkan badan mengalami lumpuh dan adakalanya menyebabkan kematian

Usaha Buang Tabiat Merokok

Tabiat merokok dapat dibuang jika mempunyai keazaman tinggi dan sentiasa disiplin.

Selain itu, kita digalakkan melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam untuk membuang ketagihan merokok.

Kita perlu menjauhi dari kawasan merokok supaya tidak terhidu bau asap merokok yang jauh lebih berisiko.

Kita perlu mengingatkan orang tersayang terutama kanak-kanak kerana mereka lebih berisiko mengalami masalah.

Oleh itu, kita perlu berhenti merokok demi kesihatan diri dan orang tersayang.

BERITA LAIN

ISLAM bawa erti KEAMANAN

Islam membawa erti sejahtera sebagaimana sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Muslim itu ialah mereka yang membuat Muslim lain selamat daripada kejahatan lidahnya dan tangannya“. (maksud

LAPOR KES PENIPUAN WALAUPUN KECIL

TIDAK dinafi kan kes penipuan dalam talian semakin ‘mengganas’ ekoran laporan kes semakin meningkat setiap tahun. Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha