ARTIKEL

Nancy Shukri meninjau Jeti Pontoon Esplanade Telaga Air.

Baik Pulih Jeti Kayu Sementara Demi Keselamatan Penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jeti Pontoon Esplanade di Telaga Air yang runtuh menimbulkan kebimbangan penduduk kerana terpaksa menggunakan jeti kayu uzur untuk menyeberang sungai setiap hari.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk Kampung Telaga Air berhubung keadaan jeti berkenaan yang menjadi laluan utama penduduk termasuk pelajar ke sekolah.

Susulan aduan itu, katanya beliau sendiri turun padang untuk meninjau sendiri keadaan jeti tersebut bersama-sama agensi teknikal berkaitan.

Tambah Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong, beliau turut diberikan taklimat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak, Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Bahagian Kuching, Majlis Perbandaran Padawan (MPP) serta Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

Nancy berkata, usaha serta-merta akan dilaksanakan bagi membaik pulih jeti kayu sementara itu sebagai langkah keselamatan sementara menunggu siasatan LSS selesai.

“Insya-Allah, kita akan cuba melakukan baik pulih sebaik mungkin untuk memastikan penduduk mempunyai laluan yang lebih selamat sementara proses siasatan dijalankan. Semoga urusan ini dipermudah,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha