LIGA LUNDU 2026
LUNDU: Saingan Liga Lundu 2026 terus rancak dengan tiga perlawanan berlangsung petang tadi yang menyaksikan keputusan berbeza.
Dalam aksi di Kompleks Sukan Lundu, Bajo Mix FC dan Horis FC terikat 1-1 selepas kedua-dua pasukan mempamerkan saingan seimbang.
Bajo Mix FC membuka jaringan menerusi Mohamad Zull Hisham Mohamad Ali Bohan pada minit ke-47 sebelum Nordi Kederi menyamakan kedudukan buat Horis FC tiga minit kemudian.

Kedua-dua pasukan berpeluang menambah jaringan, namun deretan peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan sehingga wisel penamat.
Sementara itu, dua lagi perlawanan berlangsung di Arena Seabird dengan Sempadi FC dan Rambungan FC turut berkongsi satu mata selepas terikat 1-1.
Belia Sileng pula mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Rayu Ville FC.



